Isnin, 13 September 2021

TINTED CERMIN RUMAH

 


Mengapa Anda Perlu Tinted Cermin Rumah Anda?
Malaysia merupakan antara negara yang mengalami cuaca panas terik hampir sepanjang tahun sehingga suhu boleh mencecah sehingga 35 darjah celcius. Di sebabkan cuaca yang panas ini, ramai individu lebih suka untuk berada di dalam rumah. Akan tetapi, kadang-kala ruang dalaman rumah boleh menjadi panas kerana kemasukan haba. Oleh kerana itu, kebanyakan rumah pada zaman ini memilih untuk memasang tinted cermin rumah di tingkap mereka.

Melindungi Perabot Supaya Warna Tidak Cepat Luntur
Tahukah anda, dengan memasang tinted pada cermin tingkap rumah anda dapat membantu melindungi perabot-perabot di rumah anda supaya warnanya tidak cepat luntur? Perabot kayu yang terdedah kepada pancaran matahari akan mudah rosak, melunturkan warnanya dan merekah.
Begitu juga dengan perabot fabrik. Ianya secara tidak langsung akan membuatkan warna fabrik tersebut mudah luntur sekaligus menghilangkan estetik ruang rumah tersebut.

Melindungi Rumah Daripada Panas Haba
Selain itu, dengan menggelapkan cermin tingkap rumah ianya dapat melindungi rumah daripada panas haba. Seperti tinted kereta, ianya dapat membantu mengurangkan kemasukan haba ke dalam kawasan rumah. Ianya secara tidak langsung akan membuatkan rumah anda kekal dengan suhu yang normal.
Sekiranya anda menggunakan jenis tinted magic untuk cermin tingkap rumah anda, ianya dapat menurunkan kadar haba dalam rumah anda sehingga 90 peratus. Bukan itu sahaja, tinted magic ini mampu untuk menghalang cahaya daripada masuk sehingga 78 peratus. Tinted yang berkualiti tinggi didatangkan dengan ciri-ciri perlindungan ultraungu dan juga penangkis haba.

Menjimatkan Penggunaan Elektrik Rumah Anda
Seterusnya, tinted cermin rumah dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda. Hal ini adalah kerana, anda tidak perlu lagi memasang pendingin udara dan juga kipas saat waktu terik melanda. Penggunaan pendingin udara dapat dikurangkan kerana rumah anda tidak panas. Secara tidak langsung, bil elektrik anda dapat dikurangkan.
Seperti yang telah diterangkan di atas, tinted cermin ini kebiasaannya dapat mengawal kemasukan haba daripada memasuki ke dalam rumah anda. Penggunaan tinted bergred tinggi dapat enapis jumlah haba mengikut kadar Total Solar energy Rejected (TSER). Lebih tinggi nombor TSER, lebih tinggi jumlah haba yang dapat ditangkis. Tinted gelap tidak bermakna dapat menangkis haba dengan lebih baik, sebaliknya jumlah TSER yang menentukan tahap tangkisan haba.

Memberi Keselesaan Dan Privasi Kepada Keluarga
Dengan memasang dan menggelapkan cermin tingkap anda, ianya dapat memberi keselesaan dan privasi kepada keluarga anda. Pandangan dari bahagian luar yang terang sangat terhad dan dapat di kawal daripada melihat bahagian dalam rumah apabila dipasang tinted. Jadi, ahli keluarga anda akan lebih bebas di dalam rumah dan berasa lebih selesa untuk berkomunikasi kerana orang di luar tidak dapat melihat apa yang berlaku di dalam rumah.

Melindungi Cermin Tingkap Supaya Tidak Mudah Retak Atau Pecah
Akhir sekali, pemasangan tinted cermin di rumah ini juga turut membantu melindungi cermin tingkap supaya tidak mudah retak ataupun pecah. Isu seperti pecah masuk rumah kebiasaannya berlaku kerana tingkap rumah mudah untuk ditembusi. Dengan adanya tinted safety film ataupun filem yang bercirikan sekuriti ini, ia dapat membantu mengurangkan masalah pecah masuk ini.


  ZMZ 2020 MILLENNIUM
NS02311127-X  
                                                                                                                                                                                             No: 48, Tingkat 1, 
Jalan Beringin 4,
72200 Batu Kikir
N.Sembilan
Tel: 017-6781917 / 019-6838653 

 


Rabu, 26 Mei 2021



ZMZ 2020 MILLENNIUM ditubuhkan pada tahun 2020 
sebelum ini dikenali sebagai Loveshine Creations yg di tubuhkan pada 2005  bagi memenuhi citarasa pelanggan  serta permintaan  yang sedang meningkat dalam trend hiasan dalaman kearah yang lebih canggih & anggun.

ZMZ 2020 MILLENNIUM telah membina reputasi sebagai pengedar produk hiasan dalaman seperti Kertas Hiasan Dinding, Langsir, Hamparan Permaidani, Bidai yang Bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan.  Dengan segala kepakaran yang kami ada, kami mampu menawarkan khidmat yang istimewa & unik kepada pelanggan kami agar dapat memenuhi kepuasan
 
Selain itu kami juga berkecimpung dalam pembekal produk pertanian dan perternakan bagi memenuhi permintaan terkini.

Untuk info lanjut anda hanya perlu membuat satu panggilan untuk mendapatkan infomasi yang tepat tentang Produk terkini, harga yang ditawarkan serta khidmat pemasangan dan penghantaran.

Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dan harga yang terendah bagi pembelian kuantiti yang banyak. Hubungi kami segera untuk dapatkan sebutharga anda
Tel : 017-6781917 / 019-6838653
 
 
 
PERMASANGAN WALLPAPER



PERMASANGAN LANTAI VINYL




  ZMZ 2020 MILLENNIUM
NS02311127-X  
                                                                                                                                                                                             No: 48, Tingkat 1, 
Jalan Beringin 4,
72200 Batu Kikir
N.Sembilan
Tel: 017-6781917 / 019-6838653 

 

 

 

BISKUT SUJI ARAB


 LOVESHINE COOKIES
Cooking with Love
🧑🧑🧑🧑🧑🧑🧑

 
Biskut Suji Arab 
 
 
Biskut sepanjang zaman tak kira raya atau tak sentiasa ada...
Rasa lemak manis yang pasti cair di mulut....sesuai dihidang  tak kira masa.
Rasa sekali pasti habis sebotol
🌹murah2 jer yang penting bahan2 premium
🚚SERVIS PENGHANTARAN DISEDIAKAN
😍😍😍😍😍


https://wa.me/60176781917
https://wa.me/60176781917
 


 
 
RM 18.00 /1 BOTOL
50 biji
  AGEN JUALAN DIPERLUKAN!!!!!
 
  
RM 23.00 /1 BOTOL
60 BIJI



 
  ZMZ 2020 MILLENNIUM
NS02311127-X  
                                                                                                                                                                                                
No: 48, Tingkat 1, 
Jalan Beringin 4,
72200 Batu Kikir
N.Sembilan
Tel: 017-6781917 / 019-6838653